HURAIAN LOGO



Interpretasi Logo Persatuan

Rekabentuk
  • Lencana persatuan berbentuk bulat yang dimulai dengan warna  putih (chrome) melambangkan kebulatan tekad ahli-ahlinya;
  • Selepas itu dilingkungi oleh warna biru tua dan di atasnya dituliskan nama penuh persatuan;
  • Kemudiannya dilingkungi oleh warna putih (chrome) lagi sebagai pemisah warna biru dengan bulatan merah di dalam lingkungan tersebut;
  • Pada bulatan merah tertera bulan sabit dan bintang bercabang 14 melambangkan 14 buah negeri di Malaysia yang berwarna kuning serta  peta Malaysia;
  • Di bawah peta Malaysia terbentang sebuah buku sedang 
  • terbuka melambangkan ahli persatuan dan institusi ilmuan;
  • Di bawah buku hingga ke dasar bulan sabit dituliskan huruf ringkas nama persatuan.

Huraian Warna Logo

  • Warna putih (chrome) melambangkan keikhlasan dan keluhuran serta kebersihan dalam semua bidang;
  • Warna biri tua merupakan perhubungan yang mesra lagi hormat menghormati;
  • Warna merah merupakan perjuangan yang berani dan tegas demi kebaikan  sejagat  ;
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan negara yang merdeka dan menjunjung pemerintahan demokrasi tulen