Menyata dan mempereratkan hubungan bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di seluruh negara
di dalam satu organisasi;
Mewujudkan persefahaman, kerjasama dan perpaduan di antara para ahli;
Memberikan kerjasama sebanyak yang boleh dan bersesuaian kepada Kementerian Pelajaran terutama
di dalam bidang profesyen pendidikan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya;
Berusaha menjaga imej dan martabat Pesara Pendidikan Malaysia dan menyambung daya juang ahli-ahli
untuk kepentingan bangsa, agama serta negara;
Memperjuangkan kebajikan dan kepentingan yang ahli-ahli perlukan sama ada fizikal atau bukan fizikal;
Mengadakan kemudahan kepada ahli;
Menyertai kegiatan kebajikan atau pembangunan negara sama ada secara persatuan atau bergabung
dengan organisasi lain;
Memperoleh, membeli, menjual, menyewa dan memiliki apa-apa juga harta atau aset
yang sesuai untuk keperluan dan kepentingan persatuan dan masyarakat seluruhnya. Bagi menyempurnakan tujuan ini Persatuan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan koperat atau yayasan dan sebagainya yang diluluskan;
Bekerjasama dengan kerajaan mengadakan Latihan dan Kursus kepada bakal pesara
dan pesara sama ada bersendirian atau dengan bantuan/kerjasama pihak lain yang wajar;
Mengadakan perhubungan dan kerjasama dengan persatuan lain yang wajar untuk kemudahan