SEJARAH PENUBUHAN



JAWATANKUASA SAMBUTAN 10 PERSATUAN

Duduk dari kiri: Haji Ismail b. Daud, Haji Abdul Majid b. Ahmad (Setiausaha), Datuk Haji Salleh b. Haji Mohd Akib (Yang Dipertua / Pengerusi),  Haji Wan Sulaiman b. Wan Yusoff (Bendahari) Haji Abu Hassan b.Musa
Berdiri dari kiri: Haji Muhammad b. Abdul Rahman, Haji Abdul Ghani b.Mat, Haji Mohd Noor b. Ismail, Haji Idris b. Muhamood, Haji Abdul Rahman b. Awang Besar, Haji Amry b. Jaafar

Satu perjumpaan telah diadakan pada 4 Jun 1992 jam 10.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Langgar Kota Bharu. Perjumpaan dihadiri oleh 32 orang daripada beberapa jajahan bagi mengadakan perbincangan dan mengambil beberapa ketetapan dengan dipengerusikan oleh Tuan Haji Yasin bin Dad dari Bachok. Setelah berbincang panjang lebar tentang keperluan mengadakan persatuan serta baik buruknya jika ditubuhkan dan pada akhirnya ketetapan telah dibuat iaitu:-

1.        Bersetuju menubuhkan sebuah persatuan bagi kumpulan ini.
2.       Pada peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.
3.       Yuran hendaklah dipermudahkan., jika boleh biarlah sekali bayar sahaja.
4.       Keahlian terbuka bagi bekas pendidik dan kaki tangan pendidikan yang bersara
5.       Bagi memulakan kewangan Tuan Haji Zakari Haji Muda memberi sumbangan       sebanyak RM500.00.

Pesara pendidik yang hadir telah menunjukkan semangat yang tinggi mahu persatuan ini ditubuhkan segera. Ini dapat diperhatikan daripada perbincangan yang berlangsung dan kesanggupan membayar yuran bahkan Tuan Haji Zakaria b. Haji Muda sanggup mengeluarkan segera wang sumbangan peribadinya untuk memujuk negeri lain supaya turut sama menubuhkan persatuan peringkat negeri masing-masing. Selepas itu akan diusahakan pula bagi penubuhan peringkat pusat. Pada akhir perjumpaan pada hari itu bersetuju memilih dan melantik sebuah Jawatankuasa Penaja. Mereka itu adalah seperti berikut:-

Penasihat:                           YABrs. Pengarah Pendidikan Kelantan
Yang Dipertua:                    Haji Salleh bin Mohd Akib
Tim.Yang Dipertua:             Haji Wan Ibrahim b. Haji Wan Ismai
Naib YDP 1:                        Haji Abu Hassan b.Musa
Naib YDP 2:                        Haji Ibrahim b. Ngah
Setiausaha Agung:             Haji Mohd Yasin b. Daud
Pen.Setiausaha Agung:      Haji Zakaria b. Mohamad
Bendahari:                          Hji Zakaria b. Haji Muda
Jawatankuasa:                    Haji Ismail b.Ibrahim (Kota Bharu)
                                            Haji Mohd Noor b. Mohamed (Bachok)
                                            Haji Nik Abdullah b. Musa (Pasir Puteh)
                                            Haji Mohamed b. Taib (Machang)
                                            Haji Mohd Noor b. Ismail (Tumpat)
                                            Haji Jaafar b. Mohamed(Tanah Merah / Jeli)
                                            En. Musa b. Ahmad (Pasir Mas)
                                               
PENUBUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN

Usaha terus dijalankan oleh ahli secara perseorangan dan menerusi Setiausaha Penaja menghubungi dan memujuk kawan-kawan dari negeri yang lain supaya turut sama berusaha menubuhkan persatuan seperti ini di negeri masing-masing. Rakan-rakan di Selangor telah memberi kesanggupan yang amat menggalakkan dengan bersetuju menjadi ahli tuan rumah bagi mengadakan satu perjumpaan dan akan menjemput rakan pesara pendidikan dari semua negeri menghairinya. Perjumpaan ini dapat diadakan pada 2 Ogos 1992 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Kuliah Utama Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Perjumpaan pertama dan bersejarah itu telah dihadiri wakil dan 9 buah negeri, mereeka telah mengambil persetujuan menubuhkan peringkat kebangsaan sebagai induk bagi tiap-tiap buah negeri menubuhkan peringkat negeri masing-masing.

Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan terdiri daripada:-

Presiden:                             Dr Atan b. Long (Selangor / Johor)
Tim.Presiden:                      Haji Sajari b. Sujak ((Selangor)
Naib Presiden I:                   Haji Salleh b. Mohd Akib(Kelantan)
Naib Presiden II:                  Haji Nasir b. Syariff (Pulau Pinang)
Setiausaha Agung:              Haji Abdul Manan b.Mohd Noor (Selangor)
Pen. S/usaha  Agung I:       Haji Mohd Yasin b. Daud (Kelantan)
Pen.S/usaha Agung II:        Haji Zainal b.Sidek (Selangor)
Bendahari Agung:               Haji Ahmad b Busu
Penolong Bendahari:          Haji Baharin b. Mohd Lazim (Negeri Sembilan)
Ahli Jawatakuasa:                   Haji Wan Ibrahim b. Haji Wan Ismail (Kelantan)
                                                Haji Zakaria b Mohamed (Kelantan)
                                                En. Hamzah b. Jaus (Selangor)
                                                Haji Abdullah b. Hassan (Pahang)
                                                Haji Ibrahim b. Ali (Pahang)
                                                EnRiduan b. Haji Idris (W.Persekutuan)
                                                En.Sulaiman b Samad (N.Sembilan)
                                                EnSamian b. Saman( Johor)
                                                Haji Abu Bakar b. Mat Yasin (Perlis)
                                                En.Mohd Noor b. Sidek (Pulau Pinang)

Perjumpaan pertama itu juga bersetuju melantik 2 orang wakil dari setiap negeri untuk menduduki Jawatan Peringkat Pusat.

PERASMIAN PENUBUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN (PBPPPM)

Proses penyediaan perlembagaan dan segala peraturan yang berkaitan telah diusah oleh jawatankasa penaja kebangsan. Selepas itu Mesyuarat Agung Penubuhan telah diadakan pada hari Ahad 30 Mei 1994 jm 2.30 petang di Dewan Maktamar, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis itu dirasmikan oleh YB Datuk Amar Dr Haji Sulaiman b. Daud, Menteri Pelajaran Malaysia Majlis tersebut dihadiri lebih 500 orang perwakilan, pemerhati dan dif jemputan.

Majlis mesyuarat ini dipegerusikan oleh Naib Presiden I kerana Presidenn telah kembali ke rahmatullah dan Timbalan Presiden uzur. Mesyuarat telah memilih Tann Sri Datuk Dr Awanng Had b. Salleh sebagai Presiden. Kelantann telah menghantar wakil seramai 26 orang iaitu 3 orang pegawai 10 orang perwakilan dan 13 orang pemerhati.

PERASMIAN PENUBUHAN PBPPPM NEGERI KELANTAN.

Berkat usaha kuat Ahli Jawatankuasa Penaja Negeri Kelantan telah didaftar dengan yran sebanyak RM 55.00 seorang seumur hidup. Tiap-tiap jajahan telah menunjukkan minat menjadi ahli. Pada peringkat awal ahli-ahli adalah seperti berikut:

Daerah Cawangan Tumpat:                         14 orang
Daerag Cawangan Machang:                      15 orang
Daerah Cawangan Pasir Mas:                     16 orang
Daerah Cawangn Pasir Puteh:                    12 orang
Daerah Cawangan Kota Bharu:                   36 orang
Daerah Cawangan Bachok:                         06 orang
Daerah Cawangan Tanah Merah:                14 orang
JUMLAH:                                                    113 orang     

Penubuhan rasmi PBPPPM Negeri Kelantan telah disempurnakan oleh YABhg. Datuk Mohd Nordin b. Hassan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia padda 10 Julai 1993 pada jam 9.00 pagi di Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Setelah mengambil masa setahun selepas penubuhan secara rasmi di Peringkat Kebangsaan, Sijl Pendaftaran Persatuan ini telah dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 25 Oktober 1994 Bil.PPM / KEL.114/92-4(2).

Kehadiran ahli dalam Mesyuarat Agung Pertubuhan tersebut semua 113 orang. Jumlah ahli mas itu adalah 220 orang.

Pada 27 Jun 1996 Tuan Pengarah Pendidikan  Negeri Kelantan telah bermurah hati menyerahkan sebuah bilik bersama peralatan kepada persatuan ini untuk dijadikan pejabat. Bilik tersebut terletak di tingkat 1 Bangunan Baharu, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Kota Bharu.

Pada 10 Jun 1997 pejabat persatuan berpindah ke Lot 2011 Jalan Makt, 16100 Pengkalan Chepa iaitu alamat kediaman Setiausaha Haji Abdul Majid b. Ahmad.

Pada 30 Jun 2003 pihak Pengarah Pendidikan bersetuju memberi satu bilik  no. 12 bangunan lama PPD Kota Bharu. 




JAWATANKUASA PERSATUAN BEKAS PEGAWAI PERKHIDMATAN 
PENDIDIKAN MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN 2002-2004

Duduk dari kiri: Haji Mahmud b. Yusoff, Haji Abdul Rahman b. Awang Besar, Haji Ismail b.Daud, Haji Abdul Majid b. Ahmad,Datuk Haji Salleh b. Haji Mohd Akib, Haji Wan Sulaiman b. Wan Yusoff, Haji Abu Hassan b. Musa, Haji Abdul Ghani b. Mat, Haji Zainal b. Othman
Berdiri tengah dari kiri: Haji Muhammad b. Abd Rahman, Haji Hassan b. Muhammad, Haji Abdullah b. Haji Haron, Haji Idris,b. Mohamood, Haji Mohamed b. Taib, Haji Amiruddin b.Muhammad, Haji Mohd Noor b. Ismail, Haji Daud b. Ismail 
Berdiri belakang dari kiri: Haji Mohamed b. Kadir, Haji Ibrahim b. Awang Mamat, Haji Amry b.Jaafar, Haji Hassan b. Ahmad, Haji Tuan Mat b. Haji Tuan Sulong, Haji Mohd Zain b. Haron, Haji Mohd Embong b. Haji Mohammad, Haji Hussein b. Idris, Haji Che Amin @ Muhamad b. Sulong. 



DAERAH CAWANGAN PENGKALAN CHEPA


Duduk dari kiri: Haji Amry b.Jaafar, Haji Muhammad b.Abd Rahman, Haji Ashari b Yaacob
Bediri dari kiri: YM Sayed Muhammad b.Sayed Ahmad, Haji Shaari b.Said, Bekeri b. Salikin, Haji Mohd Zakuan b. Mustapha, Haji Abdul Rahman b. Haji Abdullah, Haji Abdul Wahab b. Mat Amin


JAWATANKUASA DAERAH CAWANGAN PASIR MAS
Duduk dari kiri: Haji Ariffin b. Husain, Haji Ismail b. Daud, Haji Idris b. Muhamood, Haji Hassan b. Haji Ahmad, Haji Mohomad @ Muhamad b. Haji Idris
Berdiri dari kiri: Haji Mokhtar b. Ahmad, Haji Mustapha b Che Mamat, Haji Haron b. Mohd Nor, Haji Hassan b. Che Soh, Haji Wan Sulaiman b. Wan Yusoff, Haji Abu Hassan b. Musa


JAWATANKUASA DAERAH CAWANGAN BACHOK

Duduk dari kiri: Haji Wan Hamat b. Sulaiman, Haji Che Amin b. Sulong, Haji Daud b. Ismail, Haji Abas b. Hitam, Hajah Zahrah b. Ab Rahim
Berdiri dari kiri: Haji Zakaria b Yusoff, Haji Ibrahim b. Ali, Haji Yaakub b. Ahmad, Haji Abdul Rashid b,Mohamed, Haji Zakaria b Muda, Haji Ismail b Awang


JAWATANKUASA DAERAH CAWANGAN KOTA BHARU
Hajah Wan Fauziah bt Wan Mahmood, Haji Wan Yusoff b. Salleh, Haji Amiunddin b. Mohammad, Haji Abdul Rahman b. Awang Besar, Haji Mohd Embong b. Mohammad
Berdiri dari kiri: Haji Zainal b.Othman, Haji Abdullah b. Ahmad, Haji Zakaria b. Hassan, Haji Mustapha b. Mat Deris, Haji Nik Omar b. Nik Salleh


JAWATANKUASA DAERAH CAWANGAN KUALA KRAI
Duduk dari kiri: Hajah Salmah bt. Yusoff, Haji Abdullah b. Hj.Harun, Haji Sh.Abdul Hamid b. Sh.Mubarak
Brriri dari kiri: Haji Tuan Mat b. Tuan /Sulong, Haji Daud b. Talip,Haji Mohd Salleh b. Abdullah, Haji Mohd Tahir b. Muhamma, Haji Ismail b. Yusoff


JAWATANKUASA DAERAH CAWANGAN MACHANG
Duduk dari kiri: Haji Ismail b. Haji Hamid, Haji Mohamed b. Taib, Haji Mohd Zain b. Harun,
Berdiri dari kiri: Haji Nordin b. Yaacob, En/ Tan Ah Wang, Haji Hamzah b. Ismail, Ustaz Haj Ismail b. Dollah,Haji Mohd Noor b. Taib, Haji Ghazali b. Abdul Rahman


JAWATANKUASA DAERAH CAWANGAN PASIR PUTEH

Duduk dari kiri: Hajah Wan Aishah bt Wan Adam, Haji Husein b. Idris, Haji Hassan b. Muhamad, Haji Nik Mat Salleh b. Zakaria, Haji T. Muhammad b T. Kechik
Berdiri dari kiri: Haji Che Ahmad b. Taib, Haji Wan Ramli b. Salleh, Haji Abdul Latef b. Sulong, Haji Salleh b. Awang Kechik, Haji Daud b. Mohamad, Haji Wan Ismail  b. Wan Hassan


JAWATANKUASA DAERAH CAWANGAN TANAH MERAH
Duduk dari kiri: Haji Zainuddin b.Haji  Hassan, Haji Mahmood b. Yusoff, Datuk Haji Mustapa b Yaakob, Haji Ibrahim b. Awang Mamat, Wan Minah bt Che Noh
Berdiri dari kiri: Haji Taib b. Sulaiman, Haji Yaacob b Mohamad, Haji Manaf b Yusoff, Haji Muhd Affandi b. Abdullah, Haji Idris b. Yusoff, Haji Sidek b. Hamat, Haji Mohd Nor b. Daudd


JAWATANKUASA DAERAH CAWANGAN TUMPAT
Duduk dari kiri: Haji Mohamad, Hajah Khatijah, Haji Mohd Nor b. Awang Kechik, Haji Hassan
Berdiri dari kiri: Hajah Hamidah, Haji Yusoff b. Daud, Haji Mustapha, Haji Salleh, Haj Muhammad, Haji Nik Abdul Rahman, Haji Baharum, Haji Salleh, Haji Yusoff, Hajah Rahmah

NOSTALGIA.......kenangan mengusik jiwa......menjadi lipatan sejarah terbilang.

Sumber Rujukan: Buku Program Sambutan 10 Tahun (1993-2003) PBPPPM Cawangan Kelantan.     

Salam dari:
Tuan Haji Ismail
Setiausaha